Berita Semalam
Ok, mesti semua tertanya-tanya kenapa tajuk entry yang ni 'berita semalam'.. just nak share ape yang berlaku dalam hidup aku baru-baru ni.. sekarang ni musim hujan.. hari-hari hujan.. not stop plak tu.. bukan setakat hujan biasa je, siap ada guruh petir.. kilat sambung-menyambung.. hal ini telah menyebabkan sebatang pokok besar dikawasan rumah aku tumbang dan menghalang kawasan tepat letak kereta penduduk di apartment taman putra budiman.. hmm.. tapi disebabkan itu juga aku nak ucapkan tahniah la kat adun Dap kawasan balakong coz cepat bertindak apabila mendengar suara rakyat terbabit.. dengan pantasnya kerja pembersihan pokok yang tumbang itu diselesaikan..
Itu satu hal.. berkenaan dengan soal keselamatan plak.. ini tentang anjing liar.. dikesempatan ini aku nak ucapkan tahniah juga buat Majlis Perbandaran Kajang kerana telah menangkap anjing-anjing yang tak bertuan ini.. dah la suka kejar orang.. ada yang pernah kena gigit sekali.. uits.. nasib aku tak kena gigit.. pernah kena kejar waktu nak gi kedai je.. now dah tak yah dengar bunyi anjing menyalak pukul 12 tengah malam lagi.. kena kejar anjing.. tak pasal-pasal aku kena marathon.. semata-mata nak balik umah.. hihi.. semua dah kembali pada normal.. life peacefully..
Tadi dah cite pasal pokok tumbang dan anjing gila.. selesai sudah bab tu.. next chapter adalah aktiviti yang telah aku lakukan bersama kawan.. siapa lagi kalau bukan kawan baik dari sek men iaitu Hanira.. before that, aku nak wish study rajin-rajin yer hanira.. score tau sem ni.. al-maklumlah member tengah dok final exam.. dalam pada tu sempat lagi join aku berfoya-foya di mines..
Nak tahu apa aktiviti ktorang?? mula-mula lunch kat food court makan sizzling yee mee + egg.. sambil aku minum chocolate jelly dan hanira minum root beer float.. setelah itu, ktorang gi melepak di pusat karaoke.. pergh.. hampir berbelas lagu gak la ktorang tibai a.k.a menyumbang.. hahaha.. nak release tension la kononnya.. sangat stress la.. banyak sangat masalah yang tak terungkap.. hanya ktorang berdua je tahu keadaan sebenar.. it's secret k.. anyway agak lama gak aku tak lepak dengan beliau ni.. ktorang siap sempat gi snap beberapa gambar yang agak bengong + sengal.. sila tatap gambar dibawah..

Nota persahabatan : semenjak 2 menjak ni aku suka minum kat kopitiam?? kenapakah.. dulu aku suka hang out kat big apple dan secret recipe..












2 comments:
selalu juga baca cerita semalam kat paper
kn best klu ada 'early edition' cam kt tv 2 kn.. hehe..
Post a Comment
♦